Wednesday, April 4, 2012

KURSUS DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH / SARJANA KAUNSELING

Sukacita dimaklumkan bahawa PPPS adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) di Universiti Sains islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaya Sabah (UMS) sesi 2012/2013.

Kumpulan Sasaran

Kaunselor, Pegawai Psikologi, Kaunselor Sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Guru, Pegawai AADK, Pegawai Penjara, Pegawai Polis, Pegawai Tentera, Pekerja Sosial, Pegawai Pembangunan Sumber Manusia, Pegawai Kebajikan, Pegawai JAKIM, Pegawai Perubatan, Pegawai Kesihatan, Pegawai Belia dan Sukan, Ahli Badan Bukan Kerajaan dan mereka yang terlibat dalam aktiviti pendidikan pencegahan, rawatan, pemulihan, penjagaan lanjutan dan bidang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Sila layari http://www.usim.edu.my/dspd/index.php?option=com_content&view=article&id=13&Itemid=15 untuk maklumat lanjut.