Tuesday, April 10, 2012

Cuti Ganti Sempena Sambutan Hari Raya Haji

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan permohonan cuti ganti sempena Sambutan Hari Raya Haji seperti berikut:

Tarikh ganti untuk Cuti Hari Raya Haji ialah 14.04.2012 (sabtu) mengikut jadual waktu Khamis.

Sila ambil maklum waktu persekolahan adalah seperti biasa.

Sehubungan dengan itu,diminta kerjasama semua ibu bapa dan penjaga agar menguruskan pengangkutan anak masing-masing.

Sekian, terima kasih.